1 Kaji gambar di bawah dan jawab soalan-soalan berikut


download 1.21 Mb.
jeneng1 Kaji gambar di bawah dan jawab soalan-soalan berikut
Kaca1/21
KoleksiDokumen
e.kabeh-ngerti.com > Astronomi > Dokumen
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   21
Struktur Tingkatan 4 :
Nama : ___________________ Tahun : _________________ Markah : ______________
LATIHAN
SUBJEK
Satu jam

Arahan :

1 Kaji gambar di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

(a) Apakah nama binaan dalam gambar di atas?

Piramid

[2 markah]

(b) Siapakah yang mengilhamkan binaan tersebut?

Imhotep

[2 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang binaan tersebut?

Masyarakat Mesir Purba memiliki kreativiti dalam bidang pembinaan

[2 markah]

(d) Nyatakan dua pencapaian lain dalam tamadun Mesir Purba.

(i) Penggunaan kertas

(ii) Kemajuan pendidikan

[2 markah]

(e) Nyatakan dua bentuk sistem tulisan yang terdapat dalam tamadun Mesir Purba.

(i) Hieroglif

(ii) Hieratik

[2 markah]
2 Kod Undang-Undang Hammurabi merupakan sumbangan besar daripada tamadun Mesopotamia.

(a) Siapakah raja yang memerintah semasa Kod Undang-Undang Hammurabi ini digubal?

Raja Hammurabi

[1 markah]

(b) Di manakah kod undang-undang ini dipahat?

Tembok dan tiang besar

[1 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang binaan tersebut?

(i) Mengandungi kira-kira 282 undang-undang

(ii) Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat

(iii) Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia

[3 markah]

(d) Nyatakan kepentingan kod undang-undang ini.

(i) Mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum

(ii) Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi kehidupan bermasyarakat

(iii) Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.

[3 markah]

(e) Nyatakan dua sumbangan lain tamadun Mesopotamia.

(i) Perkembangan ilmu astronomi

(ii) Perkembangan ilmu perubatan

[2 markah]
3 Zaman Prasejarah merupakan zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan.

(a) Namakan empat tahap pertama dalam Zaman Prasejarah.

(i) Zaman Paleolitik

(ii) Zaman Mesolitik

(iii) Zaman Neolitik

(iv) Zaman Logam

[4 markah]

(b) Berikan dua ciri Zaman Neolitik yang memperlihatkan ciri-ciri baru dalam kehidupan manusia.

(i) Penciptaan tembikar

(ii) Penciptaan alat batu yang telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi

[2 markah]

(c) Bagaimanakah bentuk perdagangan yang dijalankan pada Zaman Neolitik?

Sistem barter

[1 markah]

(d) Apakah kesan penggunaan alat logam khususnya daripada besi terhadap kehidupan manusia pada Zaman Logam?

(i) Terciptanya perahu dan rumah

(ii) Dengan perahu manusia dapat meneroka lautan dan meningkatkan

kegiatan perdagangan maritim

(iii) Muncul petempatan besar dan kota pertahanan yang berkembang menjadi bandar

[3 markah]
4 (a) Apakah definisi tamadun menurut pandangan Barat?

Tamadun berkaitan dengan pembangunan lahiriah dalam hal kebudayaan seperti

penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran

[2 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri utama tamadun.

(i) Petempatan kekal

(ii) Pengkhususan pekerjaan

(iii) Bahasa dan sistem tulisan

[3 markah]

(c) Senaraikan dua tamadun yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

(i) Tamadun Mesopotamia

(ii) Tamadun Hwang Ho

[2 markah]

(d) Nyatakan tiga contoh sistem tulisan awal.

(i) Cuneiform

(ii) Hieroglif

(iii) Ideogram

[3 markah]
5 Arkeologi adalah kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses gali cari.

(a) Berikan maksud feature.

Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah

[2 markah]

(b) Nyatakan tahap utama dalam Zaman Prasejarah.

(i) Zaman Paleolitik

(ii) Zaman Mesolitik

(iii) Zaman Neolitik

(iv) Zaman Logam

[4 markah]

(c) Bagaimanakah manusia hidup pada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik?

Mereka hidup secara nomad dan berpindah-randah

[2 markah]

(d) Apakah yang dapat anda katakan berkenaan dengan alat-alat batu ciptaan mereka?

Lebih mementingkan fungsi daripada nilai estetika

[2 markah]
6 Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa. Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.

(a) Apakah ilmu yang digunakan oleh masyarakat Indus untuk merancang pembinaan kotanya?

(i) Geometri

(ii) Matematik

(iii) Kesenian

(iv) Sumbangan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba

[4 markah]

(b) Apakah usaha yang dijalankan oleh masyarakat tamadun Indus untuk meningkatkan mutu bahan binaan?

Menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi

[2 markah]

(c) Bagaimanakah petempatan kekal wujud di sini?

Sungai Indus yang menyediakan kemudahan air dan tanah yang subur

[2 markah]

(d) Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa?

Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan

hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk

[2 markah]
7 Zaman Prasejarah dunia terdiri daripada Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.

(a) Nyatakan ciri-ciri kehidupan masyarakat pada Zaman Paleolitik.

(i) Hidup secara nomad

(ii) Tinggal di kawasan tepi tasik, sungai atau di dalam gua

(iii) Hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan

[3 markah]

(b) Senaraikan dua kegiatan ekonomi masyarakat Neolitik.

(i) Menternak binatang

(ii) Bercucuk tanam

[2 markah]

(c) Senaraikan peralatan besi masyarakat Zaman Logam yang ditemui di Malaysia.

(i) Soket

(ii) Sabit

(iii) Beliung

[3 markah]

(d) Apakah ciptaan penting masyarakat Zaman Logam?

(i) Rumah

(ii) Perahu

[2 markah]
8 Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun dan madain.

(a) Berikan maksud perkataan Arab yang berkaitan dengan perkataan tamadun.

(i) Tinggi budi bahasa

(ii) Pembukaan bandar

[2 markah]

(b) Nyatakan pandangan Barat tentang konsep tamadun.

Pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan,

undang-undang, kesenian dan pembandaran

[2 markah]

(c) Apakah unsur yang ditentukan oleh Islam dalam mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat?

(i) Lahiriah

(ii) Rohaniah

[2 markah]

(d) Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas tentang tamadun?

Tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur

oleh sesebuah masyarakat

[2 markah]

(e) Senaraikan dua ciri tamadun.

(i) Petempatan kekal

(ii) Kehidupan berorganisasi

[2 markah]
9 Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.

(a) Nyatakan maksud Mesopotamia dalam bahasa Yunani.

Tanah di antara dua sungai

[1 markah]

(b) Tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, iaitu

(i) Sungai Tigris

(ii) Sungai Euphrates

[2 markah]

(c) Berikan tiga contoh kerajaan dalam tamadun Mesopotamia.

(i) Sumeria

(ii) Akkad

(iii) Ur

[3 markah]

(d) Senaraikan tiga negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.

(i) Kish

(ii) Nippur

(iii) Lagash

[3 markah]

(e) Apakah peranan rumah ibadat dalam tamadun Mesopotamia?

Pusat sesebuah kota

[1 markah]
10 (a) Berikan perkataan-perkataan Arab yang berkaitan dengan tamadun.

(i) Mudun

(ii) Madain

(iii) Madana

[3 markah]

(b) Apakah yang dikaitkan oleh masyarakat Barat tentang tamadun dengan hal-hal kebudayaan?

(i) Penulisan

(ii) Undang-undang

(iii) Kesenian

(iv) Pembandaran

[4 markah]

(c) Namakan sarjana Barat yang menekankan pembangunan lahiriah dalam mengukur kemajuan tamadun.

Gordon Childe

[1 markah]

(d) Berikan maksud tamadun menurut pandangan Syed Naquib al-Attas.

Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh

sesebuah masyarakat.

[2 markah]
11 Sistem sosial masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun lapis. Lapisan pertama terdiri daripada raja, lapisan kedua ialah pembesar, diikuti oleh rakyat biasa dan lapisan paling bawah ialah golongan hamba.

(a) Senaraikan tiga golongan masyarakat yang terdapat dalam lapisan kedua.

(i) Golongan yang menguasai upacara agama

(ii) Ahli pakar dalam bidang kesenian

(iii) Kumpulan pentadbir dan ilmuan

[3 markah]

(b) Apakah kesan aktiviti perdagangan dalam masyarakat tamadun awal?

(i) Berlaku pertukaran budaya antara masyarakat

(ii) Berlaku pertukaran ilmu pengetahuan

[2 markah]

(c) Sebutkan tiga peranan bandar dalam proses pembentukan tamadun.

(i) Pusat bandar

(ii) Pusat pertemuan masyarakat

(iii) Pusat aktiviti ekonomi

[3 markah]

(d) Berikan dua contoh sistem tulisan pada zaman tamadun awal.

(i) Hieroglif

(ii) Ideogram

[2 markah]
12 (a) Nyatakan dua bandar terancang dalam tamadun Indus.

(i) Mohenjo-Daro

(ii) Harappa

[2 markah]

(b) Nyatakan ciri-ciri pembinaan bandar terancang tersebut.

(i) Disusun berasaskan blok-blok yang berbentuk segi empat

(ii) Setiap blok dipisah oleh rangkaian jalan raya yang lurus

(iii) Mempunyai sistem kumbahan

[3 markah]

(c) Mengapakah masyarakat tamadun Indus mampu membina bandar yang terancang?

(i) Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik

(ii) Mengetahui teknologi pembakaran batu bata

[2 markah]

(d) Nyatakan tiga dewa yang dilambang oleh patung Proto-Siva.

(i) Dewa Vishnu

(ii) Dewa Brahma

(iii) Dewa Siva

[3 markah]
13 Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah daripada Sungai Nil. Limpahan air Sungai Nil ke daratan menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang mengagumkan.

(a) Apakah sebab kehidupan di bandar menjadi ciri penting dalam tamadun Mesir Purba?

(i) Pusat pemerintahan dan pentadbiran

(ii) Tempat kediaman Firaun

(iii) Pusat pelabuhan

[3 markah]

(b) Nyatakan tiga buah bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran tamadun Mesir Purba.

(i) Thinis

(ii) Memphis

(iii) Thebes

[3 markah]

(c) Apakah peranan firaun dalam sistem pemerintahan Mesir Purba?

(i) Raja

(ii) Ketua pendeta

[2 markah]

(d) Seorang wanita telah dilantik sebagai firaun iaitu Firaun Hatshepsut. Apakah sumbangannya?

(i) Membina terusan

(ii) Menjadikan padang pasir sebagai tanah yang subur

[2 markah]
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   21

Share ing jaringan sosial


Similar:

A s= Soalan Struktur E= Soalan Esei nalisa soalan sejarah spm 2004 2011

Di Bawah Ilmu Pengetahuan Modern

Abstrak : Penerapan algoritma pattern recognition untuk mengenali...

Jelaskan beberapa istilah berikut dengan singkat namun komprehensif

Kompetisi ini dipimpin oleh pemerintah di dalam sejumlah cara fundamental....

© 2002 Azhar Bafadal Posted: 8 May 2002 Makalah Falsafah Sains (PPs...

Anda setuju untuk terikat oleh ketentuan-ketentuan sebagai berikut

Berikut ini adalah sebuah surat yang ditulis oleh Imam Syahid Hasan...

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut

Mengenali Islam, Sumber Hukum Islam, Tauhidillah, Alam dan manusia...

Ekonomi


Nalika Nyalin materi nyedhiyani link © 2000-2017
kontak
e.kabeh-ngerti.com
.. Home