Oic masih oh I see kah ? Bila akan bangun !


download 13.98 Kb.
jenengOic masih oh I see kah ? Bila akan bangun !
KoleksiDokumen
e.kabeh-ngerti.com > Geografi > Dokumen
OIC MASIH OH I SEE KAH ? BILA AKAN BANGUN !

OIC ditubuhkan dalam suasana pergolakan berhubung dengan masalah Palestin . Jelas ketidak upayaan negara-negera Arab menghadapi Israel. 300 juta umat Arab tidak berupaya menghadapi 3 juta orang Yahudi di tengah-tengah bumi Arab Muslim.

Kita bukannya menghadapi Israel sahaja tetapi AS dan Eropah, UN yang mengiktiraf Israel dengan 5 kuasa besar yang menyokong penubuhan Israel pada tahun 1948. Lebih malang lagi bila dunia Arab tidak bersatu.

Menjelang 1967 pakatan negara- negera Arab kalah teruk di tangan tentera Israel. Mesir kehilangan Sinai, Jordan kehilangan Tebing Barat yang di dalamnya termasuk Baitul Muqadis dan Syria kehilangan Golan Height. Wilayah-wilayah ini tidak dikembalikan oleh Israel sampai kini.

Meski pun ada ketetapan dan keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya memulangkannya.Israel tetap berdegil menunjukkan bahawa ia lebih kuat dan perkasa daripada UN.AS bersamanya.

Malu dan aib dengan kekalahan tersebut Al Malik Faeisal mengambil tindakan melaksanakan sekatan minyak ke atas Eropah. Diberi tekanan ekonomi kepada Eropah membantu Israel. Akibatnya harga minyak melambung naik dengan mendadak. Beliau berazam menggunakan kekayaan minyak untuk melawan Israel dan membebaskan Baitul Muqadis daripada tangan Yahudi.

Di atas peergolakan-pergolakan tersebut OIC ditubuhkan. Organisasi yang menjadi forum untuk mengambil satu pendirian tegas, memelihara kepentingan dunia Islam daripada diperkotak-katikkan oleh blok barat dan AS. Apakah pakatan ini berjaya ?

OIC hanya sekadar forum biasa, bersembang dan minum teh , siapa yang balik awal beruntung kerana menjimatkan masa , analisis ini dibuat hasil daripada kenyataan seorang pemerhati. Ianya benar.

OIC gagal mengambil sebarang tindakan yang berkesan sepanjang perjalanannya. Maruah Islam terus jatuh tanpa pembelaan.Perpecahan di kalangan neegara-negera Islam kian menjadi. Kedaulatan negara-negera Islam telah terancam.O IC masih Oh I see !

Lihat apa yang berlaku di Patani Selatan Islam,wilayah Islam yang umat Islamnya dizalimi oleh kerajaan tangan Thailand langsung dibiarkan tanpa sebarang tindakan, Selatan Filipina yang dizalimi kerajaan kristian Filipina, Kasymir, Afghanistan yang hilang kedaulatan dilanggar tentera bersekutu Amerika dan Barat, Iraq yang kucar kacir, Libya yang diserang NATO, Iran yang diancam Israel dan dunia Arab yang tidak stabil. Di manakah kepimpinan OIC adakah ia diterima oleh negara-negara Islam sendiri.

Ada 7 kekuatan dalam OIC :

  1. Negara-negara Arab yang kaya dengan minyak mewakili puak Ahli Sunah waljamaah-pemimpin umat Islam sedunia.

  2. Negara Iran yang mewakili puak Syiah – kaya dengan minyak.Bila sunnah dan syaiah bersatu Islam akan kuat.

  3. Negara Turki yang mewakili Islam di Eropah . Negara baru Islam yang maju dari segi teknologi

  4. Blok negara-negara Islam di Afrika Utara dan Afrika pada keseluruhannya kaya dengan mineral ,bahan mentah dan tenaga manusia

  5. Blok negara-negara Islam di Asia Tengah wilayah baru yang strategik

  6. Blok negara-negara Islam di India dan Pakistan –terdapat ramai bijak pandai dan saintis yang bekerja di Eropah dan AS

  7. Blok negara-negera Islam di Asia Tenggara – Alam Melayu dan Nusantara. Wilayah teramai umat Islam. Tapak pertumbuhan sosio –ekonomi yang sebenar.Bukan India dan China tetapi Asia Tenggara. Pusat tumpuan yang paling penting bagi dunia Islam. Kepimpinan Islam sebenarnya ada disini.

Apa yang wajib dibuat oleh OIC

  • Sebagai organisasi tentera seperti NATO untuk melindungi keselamatan dunia Islam –gagal



  • Sebagai organisasi sosio ekonomi umat Islam - gagal



  • Mengasaskan pasaran bersama di kalangan negera-negra Islam seperti EU - gagal



  • Organisasi pendidikan dan kebudayaan sebagaimana UNESCO –gagal



  • Sebagai Peace Corp yang menolong rakyat di seluruh dunia atas dasar kemanusiaan –gagal



  • Organisasi ekonomi yang mengawal kewangan dengan menggunakan sistem kewangan Islam mata wang DINAR di kalangan negara-negara Islam - gagal



  • Organisasi pendidikan yang menyatukan segala tenaga intelek dunia Islam.Menubuhkan universiti terbaik meliputi dunia dan akhirat. Menyaingi universiti terunggul Oxford, Cambridge –gagal



  • Organisasi yang mengembangkan bahasa Arab dan keilmuan Islam –gagal di seluruh dunia Islam, bahasa penyatu umat Islam-gagal



  • Menjadi pendamai antara negara di dunia Islam – gagal



  • Membina jembatan kerjasama antara dunia Islam dan Eropah –gagal



  • Membina blok Islam di UN supaya dunia Islam memperoleh veto sebagaimana 5 kuasa besar AS,Rusia,China, GB dan Perancis –gagal



  • Menolong negara –negara Islam yang menderita seperti Somalia –gagal, Eriteria,Selatan Thai, Selatan Filipina -gagal



  • Menolong mangsa-mangsa bencana alam dan kebuluran di dunia Islam di Pakistan dan Indonesia –gagal



  • Membangunkan industri senjata di kalangan negara-negara Islam - gagal



  • Membangunan perisikan dan tukar menukar maklumat di kalangan dunia Islam-gagal.



  • Meberi amaran kepasa AS dan barat jangan membuli negera-negara umat Islam- gagal



  • Membangun sistem perkapalan dan membina industri perkapalan yang canggih di kalangan dunia Islam – gagal



  • Memberi harapan baru kepada dunia Islam –gagal



  • Menyelaraskan fatwa di kalangan dunia Islam –gagal



  • Menjadi pemimpin dunia Islam –gagal



  • Mendahului dunia sejagat dalam menunjukkan contoh yang terbaik dari segi kemanusiaan – gagal



  • Mengasaskan satu siaran TV Muslim World pemberitaannya yang objektif dan sahih – gagal



  • Mengadakan rangkaian supermarket HALAL untuk muamalah Islam di dunia Islam –gagal

Di atas kegagalan demi kegagalan itu dunia barat mengambil kesempatan, menjadi kuat dan memperbodohkan dunia Islam .Kini AS dan Barat dalam keadaan lemah.Mereka tidak ada kekuatan untuk kekal bertahan kerana kerosakan-kerosakan yang dibuat ke atas sistem ekonomi . Senjata telah makan tuan sebagai hukuman daripada Tuhan di atas kezaliman mereka. Israel pasti hancur juga kerana kesombongan dan kezalimannya yang tiada tara.

Kekuatan ada pada dunia Islam. Malangnya kita tidak punya kepimpinan. Kelemahan inilah yang paling ketara pada dunia Islam.Tapak kebangkitannya ialah di Alam Melayu/Nusantara. Alam Melayu - Nusantara menjadi penentu kebangkitan Islam abad ke 21.

Kita bangunkan sektor ekonomi dan pendidikan dulu.Makanan Halal sumber kekuatan kita. Ini mesti didahulukan ke arah membina rangkaian supermarket HALALAN THOIYIBAH di dunia Islam.OIC mesti mempeloporinya. Lepas itu pemodenkan sistem pendidikan Islam yang paling canggih ke arah mewujudkan universiti terbaik.

ISLAM PASTI MENANG DAN UNGGUL DI DUNIA. BERMULA DI SINI !

Harapan kita kepada siapa sebagai Pembina dunia Islam ?

Share ing jaringan sosial


Similar:

Rancang bangun aplikasi sistem kendali belanja upt

Abstrak di Indonesia mungkin kata-kata tentang ojk bagi masyarakat...

Perbankan bagi perekonomian modern telah melakukan apa yang telah...

Penanganan Iklim Akan Libatkan Swasta

Pedoman ta ini tentu masih banyak kelemahan, oleh karena itu diharapkan...

Pada makalah ini kelompok kami akan membahas salah satu dari ilmu...

Senarai Organisasi Untuk Rujukan Pelajar-Pelajar Yang Akan Menjalani...

Media massa seringkali hanya dipandang sebagai institusi sosial,...

Brand sebagai informasi sangat penting dalam meraih harapan konsumen...

Kompetisi ini dipimpin oleh pemerintah di dalam sejumlah cara fundamental....

Ekonomi


Nalika Nyalin materi nyedhiyani link © 2000-2017
kontak
e.kabeh-ngerti.com
.. Home